Beliau telah mula terjebak dengan perniagaan internet adalah sejak berusia 17 tahun lagi. Dengan mengeluarkan produk berasaskan e-learning pada ketika itu jualan adalah amat mengecewakan & boleh dikira dengan jari sahaja unit yang berjaya dijual. Ketika itu juga potensi Internet di Malaysia masih kurang & boleh dikatakan tidak mendapat sambutan langsung. Mungkin kerana kepercayaan pengguna terhadap aplikasi Internet masih kurang dan tidak terjamin keselamatannya. Namun beliau terus melakukan jualan & mempelbagaikan perkhidmatan rekaan grafik, dan kesannya masih sama.
Menyedari hakikat perniagaan Internet kurang menguntungkan beliau telah melanjutkan pelajaran dalam bidang animasi & rekaan grafik bagi meningkatkan lagi mutu dan persembahan dalam hasil kerja beliau. Ketika itu, penggunaan Internet telah mula diberikan kepercayaan & beliau lagi sekali cuba menggunakan medium Internet bagi menjalankan perniagaan beliau. Namun kali ini dilakukan dengan lebih terperinci & mempunyai perancangan yang rapi. Muncul sebuah buku panduan perniagaan di Internet yang membuktikan Perniagaan Online boleh mendapat keuntungan yang besar, lantas beliau telah membuat kajian & membuat kajian akan pasaran di Internet. Beliau telah berjaya melakukan Perniagaan Internet secara Part Time.
Beliau telah melakukan perniagaan Internet sambil belajar di sebuah IPTS. Dengan motivasi & semangat yang tinggi beliau berjaya memperolehi duit sampingan setiap bulan malahan ada juga setiap minggu. Walaubagaimanapun, perniagaan yang dijalankan hanyalah sebagai sambilan (part time) sahaja.
Beliau kemudiannya telah diterima bekerja di salah sebuah Syarikat Animasi Ternama di Malaysia, di sinilah beliau banyak mempelajari lebih banyak tentang teknik & cara menguruskan / memasarkan & bagaimana memperolehi projek yang lebih besar. Kemudiannya, beliau berhenti kerja kerana berpendapat kerja makan gaji bukanlah pilihan hidup yang sesuai buat dirinya. Bekerja melebihi 15 jam sehari (dan selalunya balik lewat pagi berturut-turut). Kehidupan yang "Tiada Life" atau "Syok Sendiri" bukanlah seperti apa yang beliau kehendaki di dalam kehidupannya. Menyedari kunci utama "pengurusan yang baik dan betul" adalah pemancu utama kejayaan sesebuah syarikat.
Minat mendalam terhadap Animasi & rekaan kartun telah membuka lembaran baru dengan kewujudan Pixie Studio di dalam hidupnya. Beliau hanya menggunakan konsep perniagaan SOHO sahaja bagi perniagaan Internet beliau. Bekerja di rumah sahaja dan memperolehi pendapatan lebih dari bekerja sendiri. Pengetahuan perniagaan Internet telah memberikan kelebihan kepada Pixie Studio, kini beliau mampu menghasilkan produk & perkhidmatan seolah-olah mempunyai syarikat yang besar.
Namun, apa yang dikejarkan dalam hidupnya adalah mempunyai masa yang cukup & lebih bagi tujuan riadah & bersama-sama dengan insan-insan yang tersayang. Tidak guna mempunyai Gaji yang besar tetapi kesihatan terabai. Perniagaan Internet adalah untuk semua, ianya amat sesuai dengan trend perniagaan zaman kini. Kelebihan & potensi internet telah diperakui dengan kewujudan ramai usahawan-usahawan yang dilahirkan menerusi Internet.
Kini beliau yakin, rekaan yang unik, watak kartun yang berperwatakkan unik serta story line yang menarik & berkesan mampu membawa Pixie Studio ke arah yang lebih tinggi suatu hari nanti. Ini terbukti setelah penghasilan produk Couple t-Shirt yang telah memberikan impak baru dalam penghasilan T-Shirt menggunakan jenama sendiri. Anda boleh melihatnya di http://pixiestudioblog.blogspot.com
Kini dengan terhasilnya beberapa ebook keluaran kami, kami yakin mampu membuka lembaran baru dalam kehidupan anda. Saya sendiri bermula bertahun-tahun untuk perniagaan Internet. Namun apa yang saya ada sekarang anda mampu milikinya dalam beberapa hari sehingga beberapa bulan sahaja mengikut usaha dan keazaman anda.
Mulakan langkah pertama anda, ubah kehidupan anda kepada kehidupan yang lebih baik dari sekarang. Kebarangkalian untuk berjaya adalah tinggi sekiranya anda mencuba, namun sekiranya anda tidak mencuba langsung kebarangkalian untuk berjaya adalah ZERO atau tiada langsung.
Anatara produk & perkhidmatan yang kami sediakan adalah :
Produk
- Couple t-Shirt
- Button Badge
- ebook Pembelajaran
Perkhidmatan
- Rekaan produk 3D ( produk, ID & ED, Machine, 3D walkthrough, logo dan lain-lain)
- Rekaan kartun 2D ( T-Shirt, Badge, Tracing, Bunting, Poster, Banner dan lain-lain)
- Khidmat Perunding ( 3D training Class & Graphic and Multimedia Traning)
- Khidmat mereka bentuk laman web / Minisite / Blog (juga untuk perniagaan)
- Pemasaran di internet (Social Media MArketing)
- Khidmat Photografi
- Persembahan Flash
- dan lain-lain lagi
untuk mengetahui lebih lanjut tentang penulis, anda boleh melihat di Blog peribadi beliau
http://axiim.blogspot.com
Sebarang pertanyan mengenai penulis bolehlah dihantar kepada :
mr_pixie@pixiestudio.com.my
|